Friday, November 30, 2012

Rich Spring/Summer 2013 Campaign



Rich jenama dari Brazil khas buat jejaka yang mementingkan mutu dan gaya peribadi memilih Daniel Macedo dan Taua Biral untuk membintangi kempen musim bunga/panas 2013 mereka. Bertarung habis-habisan didalam gelanggang tinju, Macedo dan Biral masih mengekalkan gaya peribadi mereka, begitu segak dan kacak dalam persalinan suit monochrome. 


p/s : Kempen musim panas/bunga 2013 Rich ini dirakam oleh lensa Marcia Del Nero.

Schwarzkopf for Men 2012 Campaign



Muse kepada Karl Lagerfeld, model kacak Baptiste Giabiconi mencipta enam gaya rambut untuk kempen gel rambut terbaru dari Schwarzkopf. Giabiconi menggayakan mahkotanya dengan pelbagai jenis gel sekaligus mencipta variasi gaya yang uber maskulin, trendy dan seksi. 


p/s : Kempen gel rambut Schwarzkopf ini dirakam oleh lensa Robert Jaso.

The British Invasion



Mulberry jenama klasik British yang diterajui oleh Emma Hill menegenepikan saingan dari rakan senegaranya sendiri, Stella McCartney dan Sarah Burton di Alexander McQueen untuk menerima anugerah Walpole"s 2012 Best British Luxury Brand baru-baru ini di kota London. Hill berjaya mencipta sejarah apabila dia kerap tampil dengan rangkaian it bag seperti Bayswater, Alexa, Del Rey yang begitu laris dipasaran global. 

"We just opened a flagship store in Singapore a couple of weeks ago and we’re really looking at expanding our stores, expanding our flagships and specifically expanding our men’s collections. The male Asian consumer is growing hugely." - Emma Hill -


p/s : Tahun 2011 anugerah prestij ini dimenangi oleh ratu punk eccentric yang tidak asing lagi iaitu Vivienne Westwood.

St.Regis x Jason Wu



Meraikan kegemilangan mereka sebagai bangunan hotel bertaraf dunia yang mewarnai landskap kota New York di 55th Street dan juga 5th Avenue, Rangkaian hotel St.Regis menjemput penuh hormat pereka berbakat, Jason Wu untuk mereka it bag yang timeless dan limited edition. Hasil kerjasama ini, maka lahirlah sebuah it bag yang diberi nama The Grand Tourista, ringkas namun begitu ianya cukup klasik dan tersendiri. Beg sederhana besar ini di perindahkan dengan perincan kulit anak lembu pada pemegang dan rangka penyokong, manakala di ruang dalamnya diberi sentuhan sutera dan viscose.

"I see St. Regis as both a classic and a modern name, which I feel is an apt description of my brand as well. I am really excited to be part of a legacy that is rooted in impeccable style that can stand the test of time and The Grand Tourista Bag reflects exactly that." - Jason Wu -


p/s : The Grand Tourista beg ini mula dijual pada Disember ini dan boleh didapati di rangkaian hotel St.Regis , butik online Jason Wu juga butik online Moda Operandi, dijual pada tanda harga USD1,995.

Hermes x Rei Kawakubo



Pengasas kepada jenama eccentric dan eclectic Comme des Garcons, Rei Kawakubo mencurahkan idea kreativitinya dengan menjalinkan kerjasama dengan rumah fesyen agung Peranchis iaitu Hermes. Kawakubo bakal hadir dengan koleksi terbaru skarf sutera Hermes berstatus ikonik yang seringkali dilihat ianya dililit pada batang leher sosialitas dunia atau di ikat bersahaja pada beg Birkin atau Kelly. 

"During this joint project, rather than being guided by the idea of the scarf as it is worn, I became interested instead in the beautiful ‘artworks’ that the designs on Hermès Carrés represent, and I sought to change them by adding elements. By combining them with abstract images, we have transformed the carré and created a unique object." - Rei Kawakubo -

Skarf istimewa ini hadir dalam dua koleksi iaitu Noir et Blanc yang dijual pada tanda harga USD750 dan Coeleur pula USD3,200. Bagi koleksi hitam putih hanya boleh didapati di butik Comme des Garcons di Paris, Tokyo dan New York. Koleksi skarf berwarna pula hanya boleh didapati di Dover Street Market konsep store London dan Tokyo, keduanya serentak dijual pada Februari 2013 kelak.


p/s : Rei Kawakubo sebelum ini pernah bekerjasama dengan nama besar seperti Azzedine Alaia, Louis Vuitton, Speedo juga edisi istimewa bersama H&M pada tahun 2008.

Friday, November 16, 2012

Gents Fall 2012 Campaign



Kempen musim luruh 2012 Gents memilih model kacak seperti Adam Senn, Chad White dan Kevin Sampaio untuk menjadi bintang utama dalam kempen terbaru mereka. Aksi erotik dan seksi oleh ketiga jejaka tampan ini menghangatkan lagi musim sejuk yang sudah pun melanda. Bersama trio tersebut ialah model wanita, Melissa Bolona dalam persalinan lingerie lace dan sutera yang sangat didambakan oleh kebanyakkan wanita.


p/s : Kempen musim luruh 2012 Gents ini dirakam oleh lensa Yu Tsai.

David Beckham Bodywear H&M Campaign



Selepas kejayaan beberapa siri kempen pakaian dalam lelaki bersama H&M, David Beckham kembali beraksi dihadapan lensa dan dia begitu selesa mendedahkan sebahagianya besar tubuhnya, sesuai dengan gelaran metroseksual dan uber maskulin yang diberikan oleh peminatnya. Beckham hanya mengenakan helaian basic gym dalam beberapa persalinan seperti celana kecil, sweatpants, tuala gym, dan hooded robe. Koleksi yang diberi nama David Beckham Bodywear boleh didapati di gedung H&M seluruh dunia bermula musim luruh ini.


p/s : Kempen David Beckham Bodywear H&M ini dirakam oleh lensa Alasdair McLellan.

Monday, November 12, 2012

The Care Bears



BBC United Kingdom telah melancarkan edisi khas anak patung beruang yang diberi nama Pudsey untuk mengutip derma tabung amal Children in Need. Apa yang menjadikan Pudsey istimewa ialah, pereka dan jenama fesyen tersohor seperti Louis Vuitton, Gucci dan Prada memberi sentuhan magis mereka dalam menata rias dan meminjamkan imej signature look dari rumah fesyen masing-masing kepada Pudsey. Katie Grand iatu ketua editor untuk LOVE magazine adalah insan berjiwa murni yang mencetuskan idea ini, mengajak pereka-pereka kesayanganya meluangkan sedikit masa untuk membantu dan memberi sumbangan seikhlas mungkin terhadap kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Anak patung beruang ini sudahpun dipamerkan di gedung The Selfridges sekitar kota London dan Manchester, dan setelah pameran kepada umum tamat pada 14 November ini, kesemua anak patung beruang ini akan mulai dilelong yang akan dilangsungkan oleh rumah lelong Christie's of London. Children In Need kini giat melibatkan diri dalam lebih 2600 projek diseluruh dunia, tujuan utama badan ini ingin membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik seperti kurang upaya, kemiskinan, penderaan, buta huruf dan banyak lagi.


p/s : Diatas merupakan anak patug beruang Pudsey yang telah mendapat sentuhan dari pereka tersohor seperti Tom Ford, Versace, Alexander McQueen dan Burberry.

Water Is Life Is Love



Diberi gelaran American Fashion Queen, Diane von Furstenberg mencurahkan idea dan rasa cintanya terhadap fesyen dengan memberi nafas dan rekaan baru kepada botol air Evian. Furstenberg bekerjasam dengan Evian untuk mereka botol holiday edition (edisi terhad) sempena menyambut kedatangan krismas dan juga tahun 2013 yang bakal tiba. Furstenberg menyemat moto hidupnya pada botol Evian yang berbunyi, " Water is Life is Love". 


p/s : Diane von Furstenberg merupakan pereka wanita yang pertama bekerjasama dengan Evian, Karl Lagerfeld, Paul Smith, Issey Miyake dan Jean Paul Gaultier merupakan pereka terdahulu menjalin kerjasama istimewa ini.

Saturday, November 10, 2012

Prada's Resort 2013 Campaign



Miuccia Prada mengelar model kesayanganya Sasha Pivovarova dengan gelaran patung hidup, kerana wajah Pivovarova persis patung, langsingya juga tingginya. Miuccia menggunakan khidmat Pivovarova untuk menghiasi kempen koleksi helaian sporty dan resort Prada. Bertemakan neo retro, Pivovarova bergaya mewah dalam limpahan rona perak dan metalik sambil menggayakan aksesori dempak yang kaya dengan perincian batuan berharga.


p/s : Kempen Prada Resort 2013 ini dirakam oleh lensa Steven Meisel.